KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN KENDERAAN JABATAN BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (SECARA JUALAN SEBUT HARGA)
YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara seperti di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah membuka tawaran sebut harga seperti yang tersebut di atas. Sehubungan itu, mohon YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mempamerkan kenyataan tersebut di papan kenyataan fasiliti tuan.
3. Bersama-sama ini disertakan KEW.PA-27 serta syarat dan peraturan sebut harga untuk makluman selanjutnya oleh pihak YBrs. Dr/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Ng Suk Kuan di talian 03-2279 8100 samb. 157. Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBrs. Dr./ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
BIL | PERKARA | LAMPIRAN |
1 | KEW.PA-27 SERTA SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA | KLIK DI SINI |
2 | GAMBAR KERETA | KLIK DI SINI |
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah.