PEMAKLUMAN BERKAITAN PENDAFTARAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) TEMPATAN
Pemakluman Ringkas
Penerimaan permohonan pendaftaran pengamal perubatan tradisional dan komplementari dalam bidang amalan diiktiraf akan bermula pada 15 Mac 2021. Sila layari laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari http://tcm.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.
Pemakluman Lengkap
a) Pemakluman Berkenaan Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) Tempatan
i. Pendaftaran hanya akan dilaksanakan bagi bidang amalan yang diiktiraf iaitu:
a) Perubatan Tradisional Melayu
b) Perubatan Tradisional Cina
c) Perubatan Tradisional India
d) Homeopati
e) Osteopati
f) Kiropraktik
g) Pengubatan Islam
ii. Pendaftaran pengamal PT&K tempatan akan dilakukan secara berperingkat mengikut zon dan ketetapan seperti berikut:
No |
Zon |
Negeri |
Tarikh Pelaksanaan |
1. |
Tengah |
WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan |
Bermula 15 Mac 2021 |
2. |
Utara |
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak |
Bermula 15 Jun 2021 |
3. |
Selatan |
Johor dan Melaka |
Bermula 15 September 2021 |
4. |
Timur |
Kelantan, Terengganu dan Pahang |
Bermula 15 Disember 2021 |
5. |
Sabah & Sarawak |
Sabah, Sarawak dan WP Labuan |
Bermula 15 Mac 2022 |
Garis panduan pendaftaran pengamal PT&K tempatan mengikut bidang amalan yang diiktiraf dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari. Permohonan lengkap perlu dihantar melalui pos mengikut tarikh pelaksaaan zon yang berkaitan (sila rujuk http://tcm.moh.gov.my).
b) Pemakluman Berkenaan Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) Warga Asing
Pendaftaran bagi pengamal PT&K warga asing akan dibuka kepada pihak pemohon dari seluruh negara tanpa pembahagian mengikut zon. Pihak pemohon dibenarkan untuk membuat permohonan 5 bulan sebelum tarikh akhir pas penggajian yang terkini.
Garis panduan pendaftaran pengamal PT&K warga asing dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari. Permohonan lengkap perlu dihantar melalui pos mengikut tarikh pelaksaaan zon yang berkaitan (sila rujuk http://tcm.moh.gov.my).