Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

CAWANGAN MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

 

Pengenalan Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari

 

Selaras dengan penubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) pada 16 Januari 2017, Cawangan Majlis PT&K (CMPTK) yang diketuai oleh Setiausaha Majlis PT&K telah ditubuhkan bagi membantu Majlis PT&K menjalankan fungsinya.


Terdapat 3 unit di dalam CMPTK iaitu;

  1. Unit Pendaftaran
  2. Unit Standard dan Akreditasi
  3. Unit Disiplinari dan Etika

 

Fungsi setiap unit CMPTK adalah seperti berikut:

1. Unit Pendaftaran dan Perakuan

  • Merancang dan menentukan keperluan pendaftaran pengamal PT&K tempatan dan warga asing di bawah Akta 775.
  • Merancang dan menyediakan garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan pendaftaran pengamal tempatan dan warga asing.
  • Menerima dan memproses permohonan pendaftaran pengamal tempatan dan warga asing.
  • Menguruskan dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran dan Perakuan Pengamalan Tahunan kepada pengamal berdaftar.
  • Menguruskan pemprosesan surat sokongan untuk pengamal PT&K warga asing sehingga pendaftaran pengamal di bawah Akta 775 dimulakan.

 

2. Unit Standard dan Akreditasi

  • Menyelaras pembangunan dan akreditasi program pendidikan PT&K dengan pihak berkepentingan.
  • Menyelaras pembangunan dan penilaian program kemahiran PT&K dengan pihak berkepentingan.
  • Perancangan, pembangunan, penyelarasan dan pemantauan latihan residensi pengamal PT&K di bawah Akta 775.
  • Perancangan, pembangunan, penyelarasan dan pemantauan program pembangunan kapasiti pengamal bagi keperluan pendaftaran di bawah Akta 775.
  • Membangunkan pangkalan data kelayakan yang diikiraf (tempatan dan luar negara) dalam bidang amalan PT&K yang diiktiraf.

 

3. Unit Disiplinari dan Etika

  • Menguruskan perkara yang berkaitan dengan tindakan tatatertib pengamal berdaftar di bawah Akta 775.
  • Membangunkan kod tatakelakuan profesional untuk pengamal PT&K berdaftar.
  • Pengurusan mesyuarat Majlis PT&K dan perkara yang berkaitan dengannya.
Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  KEMASKINI TERAKHIR : 13 MAC 2023