CAWANGAN DASAR DAN PERKEMBANGAN
Cawangan Dasar dan Perkembangan adalah salah satu daripada 5 cawangan di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Fungsi utama cawangan ini adalah membangunkan dasar dan menerapkan amalan PT&K yang terbukti selamat dan berkesan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.
Ketua Cawangan Dasar & Perkembangan mengawalselia 2 unit di bawah cawangan ini. Nama dan peranan unit-unit tersebut ialah:-
(a) Unit Perkembangan
- Merancang, menetapkan dan memantau aktiviti perkembangan perkhidmatan PT&K ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.
- Meneliti, merancang dan memantau penawaran perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan KKM.
- Meneliti, merancang dan memantau pengoperasian dan perkembangan Pejabat Cawangan PT&K di Malaysia.
(b) Unit Dasar dan Hubungan Antarabangsa
- Meneliti, merancang dan mengendalikan aktiviti penggubalan dan pindaan undang-undang, akta dan polisi berkaitan PT&K.
- Merancang, menetapkan dan memantau pelaksanaan dasar kesihatan dan pelan perancangan berkaitan dengan bidang PT&K di Malaysia.
- Meneliti, mengendalikan dan memantau urusan persidangan Parlimen di peringkat bahagian.
- Meneliti, merancang, menetapkan dan memantau aktiviti hubungan antarabangsa dan kerjasama strategik berkaitan bidang PT&K.
- Merancang, menetapkan dan mengendalikan program lawatan delegasi antarabangsa dan mesyuarat teknikal dua hala berkaitan bidang PT&K.
- Meneliti, merancang dan mengendalikan urusan penyediaan kertas kerja, ikhtisar, nota percakapan dan kenyataan akhbar untuk kegunaan pegawai atasan KKM serta maklum balas kepada permohonan pihak media.