PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) DALAM BIDANG AMALAN DIIKTIRAF TERTENTU YANG MENEPATI KRITERIA MEMPUNYAI PILIHAN UNTUK DIDAFTARKAN DENGAN MAJLIS PT&K MELALUI KAEDAH KEPERLUAN PENGALAMAN
- Untuk makluman, Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (CMPTK) telah mengenalpasti isu dengan sebilangan permohonan untuk pendaftaran sebagai Pengamal Berdaftar daripada pengamal perubatan tradisional Cina (PTC) yang mengemukakan dokumen kelayakan daripada kolej PTC tempatan seperti di Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan PT&K 2021 atau institusi luar negara yang menawarkan program berkembar sama ada berkenaan sijil kelayakan atau transkrip akademik yang menyebabkan proses pendaftaran pengamal tersebut tergendala.
- Pihak CMPTK ingin memaklumkan kepada pemohon yang terkesan bahawa mereka juga layak untuk didaftarkan dengan Majlis PT&K melalui kaedah keperluan pengalaman sekiranya mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.
- Pemohon terbabit yang turut memenuhi kriteria yang ditetapkan dan ingin didaftarkan melalui kaedah keperluan pengalaman adalah dinasihatkan untuk menghubungi Unit Pendaftaran dan Perakuan CMPTK melalui talian 03-22788181 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sekiranya berminat.
- Sebagai maklumat tambahan, BORANG AKUAN PENGALAMAN MENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI DALAM BIDANG AMALAN DIIKTIRAF (BPTK(CM)-BOR-03) boleh dimuat turun di portal rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (klik di sini).Tahun pengalaman hanya boleh disahkan oleh:
(a) Ketua kampung/ penghulu/ pengerusi persatuan penduduk atau rukun tetangga/ ketua rumah panjang tempat pengamal bermastautin; atau
(b) Majikan tempat pengamal bekerja; atau
(c) Pengetua/ pengurusan tertinggi institusi yang berkaitan; atau
(d) Pengerusi badan pengamal yang ditetapkan bagi Bidang Amalan Diiktiraf masing-masing.
Borang tersebut hendaklah dialamatkan dan diserahkan kepada:-
Pendaftar, Majlis PT&K
Cawangan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok D, Aras Bawah, Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur
Sekian, harap maklum dan terima kasih.