PENETAPAN TARIKH PERMULAAN KUAT KUASA DAN PERATURAN-PERATURAN
PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) 2021
Warta Kerajaan Persekutuan
Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa
Sukacita dimaklumkan bahawa penguatkuasaan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] bakal memasuki Fasa Kedua dengan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa seksyen-seksyen dan subseksyen Akta 775 yang berkaitan yang telah diwartakan pada 23 Februari 2021.
Berdasarkan kepada warta tersebut : 1 MAC 2021 telah ditetapkan sebagai tarikh permulaan kuat kuasa bagi seksyen 2, 18 dan 19, subseksyen 22(1), (2), (3), (4), (6), (10) dan (11) dan seksyen 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41 dan 62 Akta 775.
Selain itu, turut dimaklumkan bahawa 1 MAC 2021 juga telah ditetapkan sebagai tarikh permulaan kuat kuasa bagi Peraturan-Peraturan PT&K 2021.
Sehubungan itu, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) akan membuat hebahan lanjut maklumat terkini yang berkaitan dengan proses pendaftaran pengamal PT&K dalam Bidang Amalan Diiktiraf, dalam masa terdekat. Pengamal PT&K turut dipohon supaya bersabar sehingga pengumuman rasmi berkenaan tarikh permulaan proses pendaftaran dibuat.
Pengamal PT&K dan orang awam adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini yang SAHIH berkaitan perkara ini dengan melayari laman sesawang BPTK di tcm.moh.gov.my dari semasa ke semasa.
Sekian, harap maklum.