Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

KOD TINGKAH LAKU PROFESIONAL UNTUK

PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) telah diterbitkan, selaras dengan penguatkuasaan fasa kedua Akta PT&K 2016 [Akta 775]. Kod ini menggantikan Kod Amalan untuk Pengamal-Pengamal PT&K (Semakan Kedua, 2007) terbitan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif Kod ini adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pengamal berdaftar supaya pengamal sentiasa mematuhi piawaian profesional dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang profesional. Versi salinan lembut (soft copy) Kod ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi BPTK dan boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh semua pengamal PT&K.

 

Muat Turun Kod Tingkah Laku Profesional untuk

Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)