Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

 

TATACARA UNTUK MEMERIKSA ATAU MEMBUAT SALINAN ATAU MENGAMBIL CABUTAN BUTIRAN DARIPADA DAFTAR.

Orang awam boleh memohon untuk memeriksa atau membuat salinan atau mengambil cabutan butiran daripada daftar berdasarkan subperaturan 10,   Peraturan-Peraturan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2021. Berdasarkan Jadual Kedua P.U.(A) 69/2021, fi untuk pemeriksaan atau membuat salinan atau mengambil cabutan butiran daripada daftar adalah sebanyak RM 10.00 untuk satu pemeriksaan atau salinan atau cabutan butiran untuk setiap pengamal.

 

Langkah-Langkah Untuk Memeriksa Atau Membuat Salinan Atau Mengambil Cabutan Butiran Daripada Daftar

Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh orang awam (pemohon) untuk memeriksa atau membuat salinan atau mengambil cabutan butiran daripada daftar adalah seperti berikut:-

  1. Memuat turun borang permohonan di laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (klik di sini untuk muat turun).
  2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap.
  3. Menyediakan dokumen pembayaran fi dalam bentuk wang pos / kiriman wang pos atau draf bank sahaja dengan nilai RM10.00 bagi setiap nama pengamal yang dipohon. Pembayaran fi hendaklah dibuat atas nama: PENGARAH BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
  4. Menghantar borang permohonan dan dokumen pembayaran fi tersebut kepada Pendaftar Majlis PT&K melalui pos atau secara serahan tangan ke alamat:

Pendaftar Majlis PT&K

Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

Blok D, Jalan Cenderasari

50590 Kuala Lumpur