Sila klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang proses permohonan surat sokongan pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari warga Asing.
Untuk semua pengamal PT&K warga Asing yang ingin mengamal di Malaysia, adalah dikehendaki untuk memohon surat sokongan daripada Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) terdahulu. Surat sokongan tersebut merupakan salah satu dokumen yang diperlukan dalam permohonan pas penggajian sebelum permohonan permit kerja di Jabatan Imigresen Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran produk tradisional/ produk herba, sila rujuk Pohon dipinda kepada : Agensi Regulatori Farmasi Negara (http://npra.moh.gov.my/) untuk maklumat lanjut.
Tuntutan daripada majikan bagi konsultasi daripada pengamal PT&K adalah bergantung kepada polisi syarikat terbabit atau perjanjian / kontrak yang dimeterai antara majikan dan pekerja.
Penerimaan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh seorang pengamal PT&K adalah bergantung kepada polisi syarikat terbabit atau perjanjian / kontrak yang dimeterai antara majikan dan pekerja.
e-Pengamal merupakan sistem pendaftaran secara sukarela atas talian dan bertujuan bagi pengumpulan data pengamal PT&K di Malaysia. Merujuk kepada Akta 775, semua pengamal PT&K yang ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf adalah wajib untuk berdaftar dengan Majlis PT&K apabila proses pendaftaran dimulakan kelak.
Individu yang didapati mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf tanpa berdaftar dengan Majlis telah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan perundangan.
Berdasarkan subseksyen 25 (2) Akta PT&K 2016;
(2) Mana-mana orang yang melanggar subsyeksen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan;
i) Berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi RM30 ribu atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya
ii) Berkenaan dengan kesalahan seterusnya, didenda tidak melebihi RM 50 ribu atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Individu yang mengamal/ menawarkan perkhidmatan PT&K dalam bidang amalan yang diiktiraf adalah WAJIB untuk berdaftar dengan Majlis PT&K serta memenuhi kriteria pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh Majlis.
Ya. Namun begitu, pengamal PT&K perlu berdaftar dengan Majlis PT&K sebaik sahaja proses pendaftaran dibuka sekiranya anda mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf. Kelulusan permohonan pendaftaran anda adalah tertakluk kepada keputusan Majlis PT&K
Permulaan proses pendaftaran akan diumumkan di portal rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) (http://tcm.moh.gov.my). Oleh itu, orang awam disarankan untuk mengunjungi laman sesawang tersebut dari semasa ke semasa.
Pendaftaran pengamal PT&K dengan Majlis PT&K akan dijalankan secara berperingkat dan akan bermula pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Oleh itu, permohonan pendaftaran tidak akan diterima dan diproses buat masa ini.
Pengamal PT&K boleh mengemukakan permohonan kepada Majlis PT&K mengikut prosedur yang ditetapkan apabila pendaftaran telah dibuka. Kriteria pendaftaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh Majlis PT&K.
Mana-mana pengamal PT&K (warga tempatan dan warga asing) yang berhasrat untuk mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf di Malaysia perlu berdaftar dengan Majlis PT&K.
Akta PT&K 2016 [Akta 775] adalah suatu Akta untuk mengawalselia amalan dan pengamal PT&K di Malaysia serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme pengamal selain daripada memastikan perkhidmatan PT&K di Malaysia adalah selamat dan berkualiti.
Sekiranya saya tidak sempat/ tidak pernah berdaftar dengan badan pengamal sebelum Akta dikuatkuasakan, adakah saya masih boleh mendaftar sebagai pengamal PT&K di Malaysia?
JAWAPAN : Pengamal PT&K boleh berdaftar dengan Majlis PT&K sekiranya memenuhi kriteria pendaftaran yang akan ditetapkan oleh Majlis PT&K.
Walaupun telah berdaftar dengan mana - mana badan pengamal yang dilantik oleh KKM sebelum penguatkuasaan Akta, pengamal PT&K masih perlu berdaftar dengan Majlis PT&K sekiranya ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf.
Badan-badan pengamal yang pernah dilantik oleh KKM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk terus menerima permohonan dan mendaftarkan ahli berdasarkan peruntukan perlembagaan badan pengamal masing-masing. Para pengamal juga bebas untuk memilih sama ada mahu berdaftar dengan sesebuah badan pengamal atau tidak, namun ia tidak diwajibkan selepas penguatkuasaan Akta.
Adalah diingatkan bahawa setelah Akta 775 dikuatkuasakan, urusan pendaftaran sebagai pengamal PT&K yang berdaftar di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis PT&K yang akan ditubuhkan nanti. Para pengamal perlu berdaftar dengan Majlis sekiranya ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf.
Sekiranya saya seorang pengamal PT&K warga asing dan ingin memohon Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing daripada Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), adakah saya masih perlu mendapatkan surat sokongan daripada mana-mana badan-badan pengamal yang pernah dilantik oleh KKM sebelum ini?
JAWAPAN: Pada masa ini, permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing akan diteruskan seperti biasa. Walaubagaimanapun, mulai 1 Ogos 2016, syarat 3.5 dan 4.1 dalam Garispanduan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing (http://tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/asing/garispanduan_asing_bm.pdf) adalah tidak terpakai sehingga diberitahu kelak. Oleh itu, tiada keperluan untuk mendapat surat sokongan daripada mana-mana badan pengamal.
*Nota:
a) Perkara 3.5: Pengamal (pemohon) mesti berdaftar dengan salah satu badan pengamal yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
b) Perkara 4.1: Sebarang permohonan pembaharuan hendaklah dinyatakan tujuan dan disertakan bersama dokumen - dokumen yang membuktikan bahawa ilmu dan kemahirannya telah diajar kepada pengamal tempatan (Lampiran IV)
Berdasarkan kepada subseksyen 23 Akta 775;
(1) Pengamal boleh didaftarkan dalam 1 bidang amalan atau lebih jika dia memenuhi kelayakan yang dikehendaki bagi bidang amalan itu dan telah membayar fi yang ditetapkan.
(2) Kriteria pendaftaran, kelayakan yang dikehendaki, jenis dan bidang lapangan dan tatacara pendaftaran adalah sebagaimana yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, pengamal yang ingin mengamal lebih daripada satu bidang amalan yang diiktiraf perlu membuat pendaftaran dengan memenuhi kriteria pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh Majlis untuk setiap bidang amalan diiktiraf yang ingin diamalkan. Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan apabila dimuktamadkan.
Pendidikan dalam bidang PT&K di Malaysia boleh dibahagikan kepada program pendidikan tinggi dan program kemahiran. Kelayakan bagi bidang amalan yang diiktiraf akan ditentukan oleh Majlis PT&K. Pada masa ini, calon yang berminat disarankan untuk mengikuti program PT&K dalam negara seperti berikut:
1) Program pendidikan tinggi yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, atau
2) Program kemahiran berpandukan NOSS dengan Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Bagi program luar negara, calon yang berminat disarankan untuk mengikuti program yang mendapat pengiktirafan daripada negara asal.
Pendaftaran peranti perubatan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 - 8892 2400.
Bahagian ini hanya mengawalselia amalan dan pengamal PT&K, manakala premis PT&K adalah di luar bidang kawal selia Bahagian ini dan tertakluk kepada keperluan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan prosedur pembukaan premis PT&K.