Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Garis Panduan Permohonan Sebagai Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar Kursus Pembangunan Kapasiti (KPK) 

 

i.    Pengenalan kepada KPK

Berdasarkan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775], seseorang yang ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf perlu berdaftar dengan Majlis PT&K. Namun, terdapat pengamal yang tiada kelayakan yang diiktiraf tetapi mempunyai tahun pengalaman mengamal seperti yang ditetapkan oleh Majlis PT&K iaitu golongan ‘grandfathering’.

 

Bagi membantu pengamal dalam golongan ‘grandfathering’ untuk mendaftar sebagai pengamal PT&K di bawah Akta 775, Majlis PT&K telah menetapkan pelaksanaan KPK untuk bidang perubatan tradisional (Melayu, Cina, India) dan homeopati. Kehadiran ke KPK dengan jayanya adalah salah satu kriteria pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh sebilangan pengamal yang dikenal pasti dalam tempoh peralihan iaitu daripada 1 Mac 2021 hingga 29 Februari 2024.

 

Untuk makluman, permohonan berkaitan dengan pelaksanaan KPK akan diadakan secara berfasa seperti berikut :

        - Fasa 1 (Bermula pada 15 Mac 2021) : Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar KPK

    Calon tenaga pengajar KPK boleh mula menghantar borang permohonan kepada Cawangan Majlis PT&K.

­       -  Fasa 2 (Bermula pada 15 Jun 2021) :  Permohonan Sebagai Pusat Latihan KPK

    Calon pusat latihan KPK boleh mula menghantar borang permohonan kepada Cawangan Majlis PT&K.

 

Hanya tenaga pengajar dan pusat latihan yang telah diluluskan oleh Majlis PT&K dibenarkan untuk menganjurkan KPK mengikut kadar bayaran yuran yang telah ditetapkan.

 

  PERMOHONAN MANUAL PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN
ii. Garis Panduan Permohonan Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar KPK. Garis Panduan Permohonan Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar KPK Secara Dalam Talian.
iii. Senarai Kelayakan untuk Tenaga Pengajar Kursus KPK Mengikut Bidang Amalan Diiktiraf  
iv. Panduan Pengisian Borang  
v

Senarai Semak  Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar KPK
(BPTK (SA) – BOR – 3 )

 
vi. Borang Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar KPK
(BPTK (SA) – BOR – 4 )
 
vii

Senarai Semak  Permohonan  Sebagai Pusat Latihan KPK
(BPTK (SA) – BOR – 1 )

Senarai Semak Permohonan Sebagai Pusat Latihan Kursus Pembangunan Kapasiti Secara Dalam Talian
(BPTK (SA) – BOR – 12 )
viii. Borang Permohonan Sebagai Pusat Latihan KPK
(BPTK (SA) – BOR – 2 )
Borang Permohonan Sebagai Pusat Latihan Kursus Pembangunan Kapasiti Secara Dalam Talian (SA) – BOR – 13 )
ix. Jadual Sesi Training of Trainers (ToT) Anjuran BPTK
x. Senarai Pusat Latihan KPK yang Telah mendapat kelulusan Majlis PT&K
xi. Senarai  Pembatalan Kelulusan untuk Tenaga Pengajar & Pusat Latihan KPK

 

SOALAN LAZIM KURSUS PEMBANGUNAN KAPASITI [KPK]

Adakah pelaksanaan KPK untuk semua bidang amalan yang diiktiraf?

TIDAK. Pelaksanaan KPK hanyalah untuk bidang perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India dan Homeopati.

Siapa yang perlu hadir KPK?

Kehadiran ke KPK dengan jayanya adalah salah satu kriteria pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh sebilangan pengamal yang dikenal pasti dalam tempoh peralihan iaitu daripada 1 Mac 2021 hingga 29 Februari 2024.

Apakah tempoh satu siri KPK?

Tempoh penganjuran satu siri kursus adalah tidak melebihi 2 bulan untuk kursus sepenuh masa dan tidak melebihi 5 bulan untuk kursus separuh masa.

Berapakah yuran kursus untuk KPK?

Pusat latihan boleh menentukan yuran kursus tetapi bayaran bagi satu siri kursus untuk seorang peserta adalah tidak melebihi RM 1000 bagi kursus pembangunan kapasiti perubatan tradisional Melayu, Cina dan India manakala bayaran untuk kursus pembangunan kapasiti homeopati tidak boleh melebihi RM 1200. Yuran yang dikenakan mesti dinyatakan semasa permohonan sebagai pusat latihan. Resit bayaran kursus yang dikeluarkan mesti ditandatangani oleh penyelaras atau wakil pusat latihan yang sah.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk memohon sebagai pusat latihan KPK?

Permohonan ini adalah PERCUMA.

Apakah syarat-syarat permohonan sebagai Pusat Latihan Kursus Pembangunan Kapasiti?

  1. Syarikat, organisasi atau institusi pengajian tinggi perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Beroperasi menggunakan premis yang dilesenkan oleh PBT atau agensi berkaitan untuk dijadikan sebagai pejabat operasi pusat latihan dan juga tempat kursus tetap.
  3. Pemohon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu bilik latihan yang tetap untuk menjalankan kursus secara teori atau amali (jika berkenaan) serta kemudahan-kemudahan dan peralatan mengajar yang mencukupi.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang tenaga pengajar yang diluluskan oleh Majlis PT&K bagi mengendalikan kursus di sepanjang tempoh kelulusan.
  5. Syarikat/ organisasi/ institusi pengajian tinggi dan tenaga pengajar tidak pernah dibatalkan kelulusan akibat pelanggaran syarat-syarat kelulusan sebelum ini.

Apakah proses permohonan sebagai pusat latihan KPK?

Sila rujuk Carta Aliran 1 (muka surat 6, Garis Panduan Permohonan Sebagai Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar KPK).

Siapakah yang layak untuk memohon sebagai tenaga pengajar KPK?

Mana-mana individu yang berminat untuk memohon sebagai tenaga pengajar KPK perlu memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Sila rujuk muka surat 24, Garis Panduan Permohonan Sebagai Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar KPK untuk maklumat lanjut.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk memohon sebagai tenaga pengajar KPK?

Permohonan ini adalah PERCUMA

Apakah proses permohonan sebagai tenaga pengajar KPK?

Sila rujuk Carta Aliran 2 (muka surat 27, Garis Panduan Permohonan Sebagai Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar KPK).

Bagaimana pemohon hendak menghantar borang permohonan?

Permohonan hanya diterima melalui POS. Setiap borang permohonan perlu diisi dengan lengkap dan dihantar bersama-sama dengan dokumen sokongan secara salinan cetak (hardcopy) ke alamat berikut:


Cawangan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur


*salinan digital (softcopy) TIDAK akan diterima.

Bolehkah KPK ini dijalankan di mana-mana hotel, rumah penginapan, dewan serbaguna dan tempat lain yang digunakan secara sementara?

TIDAK. KPK hanya boleh dijalankan di pusat latihan yang telah diluluskan oleh Majlis PT&K sahaja. Alamat tetap mesti digunakan kerana aktiviti pemantauan KPK akan dijalankan ke premis yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Jika tempat kursus adalah disewa, maka perjanjian antara penganjur kursus dengan pemilik premis harus diadakan dan dimatikan setem. Kandungan perjanjian mesti mengandungi tempoh sah dan maklumat penuh penganjur and pemilik premis.

Adakah latihan amali boleh dijalankan di premis perniagaan PT&K?

Boleh, jika premis PT&K tersebut telah diluluskan oleh Majlis PT&K sebagai tempat kursus yang ditetapkan.

Bagaimana pemohon yang lulus saringan awal hendak hadir ke sesi latihan Training of Trainers (ToT)?

Pemohon akan diberikan jemputan ke sesi ToT sekiranya permohonan telah lulus saringan awal.

Bagaimanakah pemohon boleh menyemak status kelulusan sebagai tenaga pengajar atau pusat latihan KPK?

Surat kelulusan tenaga pengajar atau surat kelulusan pusat latihan hanya akan diberikan selepas mendapat kelulusan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari. Pemohon yang gagal akan dimaklumkan melalui emel.

Adakah tenaga pengajar yang diluluskan oleh Majlis PT&K boleh mengajar di mana-mana sahaja?

TIDAK. Tenaga pengajar yang telah diberikan kelulusan oleh Majlis PT&K hanya boleh mengajar KPK di Pusat Latihan yang telah DILULUSKAN oleh Majlis PT&K sahaja.

Adakah pengajar boleh mengajar sesiapa sahaja yang berminat menghadiri KPK?

TIDAK. Pengajar hanya boleh mengajar sebilangan pengamal yang dikenalpasti untuk hadir ke KPK oleh Cawangan Majlis PT&K kelak.

Siapakan yang akan mengeluarkan perakuan kehadiran KPK kepada pengamal PT&K?

Selepas tamat satu siri KPK, penganjur kursus dikehendaki untuk menghantar senarai kehadiran kepada Cawangan Majlis PT&K dalam tempoh masa satu minggu. Perakuan kehadiran KPK akan dikeluarkan oleh pusat latihan setelah Cawangan Majlis PT&K memberi pengesahan terhadap senarai kehadiran yang dihantar oleh pusat latihan tersebut.

Apa akan berlaku jika tenaga pengajar atau pusat latihan gagal mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis PT&K?

Kelulusan sebagai pusat latihan atau tenaga pengajar boleh dibatalkan oleh Majlis PT&K jika didapati tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan atau syarat-syarat lain yang dikeluarkan oleh Majlis PT&K dari masa ke semasa. Cawangan Majlis PT&K boleh mengarahkan pengendalian kursus dihentikan pada bila-bila masa sekiranya mendapati pusat latihan atau tenaga pengajar melanggar terma dan syarat sementara menunggu keputusan muktamad daripada Majlis PT&K.

Slps m'dapat kelulusan dpd Majlis PT&K sbg pusat latihan/tenaga pengajar, adakah semua kursus yg dianjurkan oleh pusat latihan/tenaga pengajar akn diiktiraf oleh Majlis PT&K?

TIDAK. Kelulusan hanya diberikan untuk penganjuran KPK sahaja. Tenaga pengajar perlu menggunakan modul, panduan mengajar dan slaid pembentangan yang dikeluarkan oleh Majlis PT&K sebagai panduan asas semasa mengajar.

Bolehkah penganjur menggunakan logo KKM atau jata negara semasa mengiklankan KPK?

TIDAK. Pusat latihan perlu menjalankan pemasaran secara beretika dan tidak dibenarkan untuk menggunakan nama dan logo kerajaan, KKM, BPTK dan Majlis PT&K.