Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

 

MAJLIS PERUBATAN TRADISONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K)

Ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 4, Akta PT&K 2016 [Akta 775] bagi mengawal selia perkhidmatan PT&K di Malaysia dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

 

Anggota Majlis PT&K hendalah dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas syor Ketua Pengarah Kesihatan (subseksyen 6(1), Akta 775).

 

Terdiri daripada sehingga 22 anggota yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan sebagai Pengerusi Majlis (subseksyen 6(1) dan (2), Akta 775).

 

Mesyuarat Majlis PT&K telah bersidang buat julung kalinya pada 16 Januari 2017 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Noor Hisham bin Abdullah.

 

Fungsi dan Kuasa Majlis PT&K (Seksyen 5, Akta 775)

  1. Menasihati Menteri Kesihatan mengenai perkara dasar negara yang berhubungan dengan amalan perubatan tradisional dan komplementari;
  2. Menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi setiap bidang amalan;
  3. Mengiktiraf apa-apa kelayakan yang diberikan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan dibenarkan oleh mana-mana negara di luar Malaysia, bagi maksud pendaftaran di bawah Akta 775;
  4. Menentukan kelayakan akademik yang sesuai atau perakuan kemahiran yang diiktiraf yang dikeluarkan menurut Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] yang perlu sebelum seseorang boleh memohon untuk menjadi seorang pengamal berdaftar;
  5. Menentukan perantisan yang perlu dan latihan yang dikehendaki termasuk kaedah-kaedah untuk menjalani perantisan, skop tanggungjawab perantisan dan penjalanan atau aktiviti yang dibenarkan bagi perantisan, tempoh perantisan dan kelayakan perantisan lanjutan;
  6. Mendaftarkan individu yang menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari kepada orang ramai;
  7. Mengeluarkan perakuan amalan kepada pengamal berdaftar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan telah membayar fi yang ditetapkan;
  8. Mengadakan kod tatakelakuan profesional, kaedah-kaedah yang berhubungan dengan tatakelakuan professional pengamal berdaftar, termasuk penalti bagi pelanggaran kod atau kaedah-kaedah itu;
  9. Membangunkan, menjalankan, menetapkan dan memberi mandat bagi apa-apa perkara yang berkaitan atau berhubungan dengan amalan perubatan tradisional dan komplementari atau profesionalisme amalan itu;
  10. Menentukan, menyediakan dan mentadbir tatacara dan proses aduan;
  11. Mengadakan kaedah-kaedah yang berdasarkannya pengamal berdaftar merujukkan pesakit mereka kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan;
  12. Mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada pengamal, dan memberikan itu kepada Menteri Kesihatan;
  13. Menjalankan mana-mana fungsi yang ditentukan oleh Akta 775; dan
  14. Menjalankan segala aktiviti lain yang diarahkan oleh Menteri Kesihatan dan arahan itu hendaklah selaras dengan maksud Akta 775.

 

Keanggotaan Majlis PT&K

Merujuk kepada subseksyen 6(1), Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775], Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri Kesihatan atas syor Ketua Pengarah Kesihatan:

i)  tidak lebih daripada tiga (3) wakil daripada Kementerian Kesihatan;

ii) dua (2) wakil daripada mana-mana universiti tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari;

iii) tidak lebih daripada tiga (3) pengamal berdaftar dalam perkhidmatan awam;

iv) tidak lebih daripada lapan (8) individu daripada amalan swasta yang mewakili badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang ditetapkan di Malaysia; dan

v) lima (5) individu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang layak dalam industri yang berkaitan.

 

Subeksyen 8(1) Akta 775 menyatakan bahawa Menteri boleh melantik berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah subseksyen 6(1) seorang anggota silih ganti yang sama layak dengan anggota itu.

 

Anggota Majlis PT&K (sehingga 31 Julai 2021)