Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

SmartFAQ is developed by The SmartFactory (http://www.smartfactory.ca), a division of InBox Solutions (http://www.inboxsolutions.net)
Soalan Lazim 
 Categories summary

 Last published Q&A
Here is a list of the last Q&As that were published.
Lain-lain ]
Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:22:05 (48 reads)
Pada masa ini, permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing akan diteruskan seperti biasa. Walaubagaimanapun, mulai 1 Ogos 2016, syarat 3.5 dan 4.1 dalam Garispanduan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing (tcm.moh.gov.my/v4/pdf/guideline/foreigner/garispanduan_asing.pdf) adalah tidak terpakai sehingga diberitahu kelak.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari sebelum 1 Ogos 2016, pemohon perlu memenuhi semua syarat yang berkaitan dalam garispanduan tersebut.

*Nota:

a) Perkara 3.5: Pengamal (pemohon) mesti berdaftar dengan salah satu badan pengamal yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

b) Perkara 4.1: Sebarang permohonan pembaharuan hendaklah dinyatakan tujuan dan disertakan bersama dokumen - dokumen yang membuktikan bahawa ilmu dan kemahirannya telah diajar kepada pengamal tempatan (Lampiran IV)

  Print Q&A Send Q&A

Lain-lain ]
Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:19:53 (43 reads)
Berdasarkan kepada subseksyen 23;

(1) Pengamal boleh didaftarkan dalam 1 bidang amalan atau lebih jika dia memenuhi kelayakan yang dikehendaki bagi bidang amalan itu dan telah membayar fi yang ditetapkan.

(2) Kriteria pendaftaran, kelayakan yang dikehendaki, jenis dan bidang lapangan dan tatacara pendaftaran adalah sebagaimana yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, pengamal yang ingin mengamal lebih daripada satu bidang amalan yang diiktiraf perlu membuat pendaftaran dengan memenuhi kriteria pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh Majlis untuk setiap bidang amalan diiktiraf yang ingin diamalkan. Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan apabila dimuktamadkan.


Lain-lain ]
Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:18:59 (48 reads)
Pendidikan dalam bidang PT&K di Malaysia boleh dibahagikan kepada program pendidikan tinggi dan program kemahiran. Kelayakan bagi bidang amalan yang diiktiraf akan ditentukan oleh Majlis PT&K. Pada masa ini, calon yang berminat disarankan untuk mengikuti program PT&K dalam negara seperti berikut:

1) Program pendidikan tinggi yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, atau

2) Program kemahiran mengeluarkan Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Bagi program luar negara, calon yang berminat disarankan untuk mengikuti program yang mendapat pengiktirafan daripada negara asal.


Lain-lain ]
Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:18:12 (50 reads)
Pendaftaran produk herba adalah di bawah bidang kuasa Agensi Regulatori Farmasi Negara. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 - 7883 5400.


Lain-lain ]
Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:17:40 (41 reads)
Pendaftaran peralatan perubatan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 - 8892 2400.


Lain-lain ]
Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:17:00 (38 reads)
Bahagian ini hanya mengawalselia amalan dan pengamal PT&K, manakala premis PT&K adalah di luar bidang kawal selia Bahagian ini dan tertakluk kepada keperluan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan prosedur pembukaan premis PT&K.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:15:40 (40 reads)
Penubuhan persatuan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Registry of Societies). Walaubagaimanapun, badan pengamal bagi suatu bidang amalan yang diiktiraf akan ditetapkan oleh Menteri atas syor Majlis PT&K.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:13:24 (47 reads)
Semua badan pengamal yang dilantik oleh KKM telah diminta untuk menghantar senarai nama keahlian yang lengkap (sehingga tarikh 31 Julai 2016) kepada BPTK. Senarai nama ini akan dijadikan rujukan oleh Majlis PT&K yang akan ditubuhkan nanti semasa memproses permohonan pendaftaran pengamal PT&K.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:12:47 (47 reads)
Pengamal PT&K boleh berdaftar dengan Majlis PT&K sekiranya memenuhi kriteria pendaftaran yang akan ditetapkan oleh Majlis PT&K. Perkara berkaitan pengecualian latihan residensi akan diputuskan oleh Majlis PT&K kelak.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:11:47 (45 reads)
Walaupun telah berdaftar dengan mana - mana badan pengamal yang dilantik oleh KKM sebelum penguatkuasaan Akta, pengamal PT&K masih perlu berdaftar dengan Majlis PT&K sekiranya ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:10:58 (69 reads)
Sebelum penguatkuasaan Akta 775, KKM menggalakkan pengamal PT&K untuk berdaftar dengan badan pengamal yang dilantik oleh KKM bagi tujuan pengecualian daripada pendaftaran secara sementara seperti yang termaktub dalam subsekyen 3, seksyen 63; “Mana-mana pengamal yang berdaftar dengan badan pengamal yang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini menjalankan atau melaksanakan fungsinya sebagai sebuah badan yang mengawal bidang amalan hendaklah memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini dan hendaklah dikecualikan daripada sekyen 22”.

Badan-badan pengamal yang pernah dilantik oleh KKM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk terus menerima permohonan dan mendaftarkan ahli berdasarkan peruntukan perlembagaan badan pengamal masing-masing. Para pengamal juga bebas untuk memilih sama ada mahu berdaftar dengan sesebuah badan pengamal atau tidak, namun ia tidak diwajibkan selepas penguatkuasaan Akta.

Adalah diingatkan bahawa setelah Akta 775 dikuatkuasakan, urusan pendaftaran sebagai pengamal PT&K yang berdaftar di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis PT&K yang akan ditubuhkan nanti. Para pengamal perlu berdaftar dengan Majlis sekiranya ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:06:56 (58 reads)
e-Pengamal merupakan sistem pendaftaran secara sukarela atas talian dan bertujuan bagi pengumpulan data pengamal PT&K di Malaysia. Merujuk kepada Akta 775, semua pengamal PT&K yang ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf adalah wajib untuk berdaftar dengan Majlis PT&K yang akan ditubuhkan kelak.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:06:09 (57 reads)
Individu yang didapati mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf tanpa berdaftar dengan Majlis telah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan perundangan.

Berdasarkan subseksyen 25 (2) Akta PT&K 2016;

(2) Mana-mana orang yang melanggar subsyeksen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan;

i) Berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi RM30 ribu atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya
ii) Berkenaan dengan kesalahan seterusnya, didenda tidak melebihi RM 50 ribu atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:05:18 (48 reads)
Individu yang mengamal/ menawarkan perkhidmatan PT&K dalam bidang amalan yang diiktiraf adalah WAJIB untuk berdaftar dengan Majlis PT&K serta memenuhi kriteria pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh Majlis.


Requested and Answered by TCMbp on 2016/8/11 1:04:35 (54 reads)
Ya. Namun begitu, pengamal PT&K perlu berdaftar dengan Majlis PT&K sebaik sahaja proses pendaftaran dibuka sekiranya anda mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf. Kelulusan permohonan pendaftaran anda adalah tertakluk kepada keputusan Majlis PT&K


Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung