Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Pendidikan / Sistem Pendidikan PT&K

Pengenalan


Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), sebagai agensi kawalselia dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari (PT&K), memainkan peranan yang penting dalam pembangunan program akademik dan kemahiran PT&K dengan memberi sokongan teknikal kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Merujuk kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), dua sektor telah dikenalpasti dalam pembangunan program PT&K, iaitu latihan kemahiran dan pendidikan tinggi (akademik). 


kelayakan


Sumber : Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)


Tahap pendidikan dan latihan dalam PT&K berdasarkan konsep terapeutik dan kesejahteraan. Modaliti yang jatuh di bawah konsep terapeutik diperkenalkan melalui laluan pengajian akademik manakala modaliti di bawah kesejahteraan diletakkan di bawah program kemahiran.

Pembangunan Pendidikan Tinggi PT&K di Malaysia

12 standard program pengajian tinggi (7 ijazah sarjana muda dan 5 diploma) telah dibangunkan dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sebahagian program yang telah dibangunkan kini ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Pembangunan Latihan Kemahiran PT&K di Malaysia

Bagi pembangunan program PT&K mengikuti sektor kemahiran, BPTK telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KSM untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). SKPK merupakan dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut. Sehingga 2014, 16 SKPK untuk 10 jenis modaliti PT&K telah dibangunkan. 


See also
Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung