Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Pendidikan / Proses Pensijilan

Proses Pensijilan

Program Ijazah Sarjana Muda / Diploma:

Penubuhan institusi pengajian tinggi dan program harus melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi mendapatkan perakuan akreditasi sementara atau akreditasi penuh program ijazah sarjana muda atau diploma, institusi pengajian tinggi harus mengemukakan permohonan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sila rujuk laman sesawang KPT (www.mohe.gov.my) atau MQA (www.mqa.gov.my) untuk maklumat lanjut.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada JPK akan dianugerahkan kepada sesiapa yang layak. SKM boleh didapati melalui 3 kaedah iaitu:

Melalui latihan di pusat bertauliah

Pusat bertauliah merujuk kepada penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan SKPK.

Melalui latihan berorientasikan industri

Melalui latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Melalui pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT)

Seseorang calon layak mendapat SKM berdasarkan pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Namun, calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh pegawai yang dilantik JPK. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JPK (www.dsd.gov.my)


See also
Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung