Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Amalan / Perubatan Komplementari

Perubatan Tenaga

 

Nota: Amalan dan definisi yang tersenarai di atas hanya sebagai rujukan sahaja dan tidak semestinya merupakan amalan yang disokong atau diendors oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang diiktiraf dan akan dikawalselia di bawah Akta PT&K 2016 [Akta 775] belum ditetapkan setakat ini dan maklumat yang berkaitan akan disiarkan dalam Warta apabila telah dimuktamadkan.

Jenis Amalan

 

Jenis Modaliti

Keterangan

Perubatan Komplementari (Perubatan Tenaga)

Dua jenis medan tenaga:

·         Sahih, yang boleh diukur

·         Anggapan, yang tidak dapat diukur

Terapi Getaran Warna

 

 

Terapi getaran warna menggunakan konsep aromaterapi sebagai nutrien untuk otak / minda. Aromaterapi – dikenali 'Nutrisi Penting' akan memberi ketenangan kepada mereka yang menyedutnya. Mawar putih adalah unsur yang paling penting dalam minyak getaran aroma.

 

Perawatan Kristal

 

Perawatan kristal ialah penggunaan kristal untuk penyembuhan dan perubahan positif pada minda dan badan.

 

Reiki

 

Kepercayaan bahawa tenaga akan mengalir melalui tangan pengamal apabila tangan diletakkan di atas, atau berhampiran dengan penerima, yang berpakaian.

 

Aurametafizik

 

Gabungan tiga jenis ilmu iaitu Aura, Meta, dan Fizik. Aura adalah tenaga gelombang atau frekuensi bioelectromagnetic manakala meta adalah sesuatu yang merentasi jangkaan dan fizik bermaksud asli atau semulajadi. Oleh itu, gabungan ini boleh ditakrifkan sebagai falsafah atau pengetahuan undang-undang alam yang luar biasa atau tidak dijangka yang wujud dalam kehidupan kita.

 

Roaha

Terapi untuk mengoptimumkan pengoksigenan sel dengan air beralkali melalui detoksifikasi dan meningkatkan keimunan badan.

 

Bach Flower

Modaliti ini mengembalikan keseimbangan antara minda dan jasad dengan menghilangkan emosi negatif seperti perasaan takut, kebimbangan, kebencian dan ketidaktegasan yang mengganggu keseimbangan seseorang secara menyeluruh.

Remedi ini mengembalikan keamanan dan kebahagiaan kepada penghidap supaya badan dapat sembuh dengan sendirinya.

 

Fitobiofizik

Penggunaan tenaga daripada bunga dan tumbuh-tumbuhan untuk mengharmonikan dan mengimbangi gangguan kemanusiaan pada semua peringkat kesedaran: Spiritual, Mental, Emosi dan Fizikal.


See also
Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung