Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Amalan

Perubatan Tradisional Melayu



Nota: Amalan dan definisi yang tersenarai di atas hanya sebagai rujukan sahaja dan tidak semestinya merupakan amalan yang disokong atau diendors oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang diiktiraf dan akan dikawalselia di bawah Akta PT&K 2016 [Akta 775] belum ditetapkan setakat ini dan maklumat yang berkaitan akan disiarkan dalam Warta apabila telah dimuktamadkan.

 

 

Jenis Amalan

 

Jenis Modaliti

Keterangan

Perubatan Tradisional Melayu

 

 

Herba Melayu

Penggunaan herba di dalam Perubatan Tradisional Melayu adalah sebagai pelengkap kepada rawatan untuk pelbagai penyakit, atau pengambilannya diamalkan untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. Penggunaan herba ini adalah berdasarkan kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu.

Urut Melayu

Urut merupakan teknik rawatan yang menggunakan tangan, atau cara mekanikal untuk memanipulasi tisu badan, terutamanya otot. Ia digunakan sebagai satu kaedah untuk merehatkan badan, memberi rangsangan atau memulihkan seluruh badan (atau sebahagian daripadanya). Kaedah ini juga mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah serta mengurangkan tekanan.

 

Bekam

Bekam merupakan salah satu amalan Perubatan Tradisional Melayu yang juga digunakan di dalam sistem perawatan budaya-budaya lain di seluruh dunia. Ia adalah satu teknik di mana cawan-cawan yang mengandungi udara bertekanan rendah (yang menghasilkan sedutan atau ruang separa vakum), diletakkan di atas kulit pelanggan. Bekam juga dikenali sebagai badkesh, bahnkes, nuhang, bantusa, kuyukaku, gak hoi, hijamah dan pelbagai nama lagi.

 

 

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Terdapat tiga ciri utama dalam rawatan ibu selepas bersalin dalam perubatan tradisional Melayu iaitu penggunaan herba/tumbuhan ubatan, penggunaan haba, dan urutan Melayu selepas bersalin.

·         Penggunaan herba/tumbuhan ubatan:

Pelbagai jenis tumbuhan ubatan digunakan terutamanya dalam tempoh berpantang. Tumbuhan ubatan tersebut boleh diambil dalam bentuk air rebusan, kapsul, atau dikisar dan dimasak dengan madu untuk menghasilkan makjun. Penggunaan secara luaran sebagai mandian herba, campuran ekstrak ke dalam minyak urut, pes herba dan sebagainya turut disediakan. 

·         Penggunaan haba:

Haba digunakan dalam bentuk dedahan langsung seperti bertungku (contoh: batu sungai dipanaskan, dibalut dan didemah di bahagian badan tertentu), dan mandian herba suam; atau secara dedahan tidak langsung seperti amalan pemakanan semasa berpantang. 

·         Urutan Melayu selepas bersalin:

Melibatkan urutan keseluruhan badan, bertungku dan barut. Urutan badan dilakukan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali sepanjang tempoh berpantang.

 

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung