Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Profil / Hospital Integrasi

Hospital Integrasi

Pada 11 Januari 2006, Jemaah Menteri Malaysia telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan unit PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan yang bertujuan untuk menggabungkan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) terpilih dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Unit PT&K akan diwujudkan di beberapa hospital kerajaan terpilih dalam usaha untuk merealisasikan pengintegrasian ini. Sebanyak tiga buah hospital telah dipilih dalam projek perintis fasa pertama. Sehingga bulan Disember 2015, 14 buah hospital telah berjaya menggabungkan amalan perubatan tradisional dan komplementari dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Kini, terdapat enam (6) jenis amalan PT&K yang ditawarkan di unit-unit PT&K hospital kerajaan iaitu:

 

1.    Urutan Tradisional Melayu untuk kesakitan kronik dan angin ahmar

2.    Akupunktur untuk kesakitan kronik dan angin ahmar

3.    Terapi Herba sebagai Rawatan Sampingan Penyakit Kanser

4.    Penjagaan Tradisional Postnatal (Selepas Bersalin)

5.    Shirodhara

6.    Terapi Basti Luaran (External Basti Therapy)

 hospital

See also
Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung