Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Pendaftaran Pengamal PT&K

NOTIS PEMBERITAHUAN BERKENAAN PENDAFTARAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K)

Adalah dimaklumkan bahawa 1 Ogos 2016 merupakan tarikh kuat kuasa bagi seksyen 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 20, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 60, 61, subseksyen 63(1) dan (3), Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775].

 

Berikut merupakan maklumat terkini berkenaan pendaftaran pengamal PT&K:

 

1.    Pendaftaran Pengamal PT&K Tempatan

Pendaftaran pengamal PT&K tempatan dengan Majlis PT&K akan dijalankan secara berperingkat dan akan bermula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Oleh itu, permohonan pendaftaran tidak akan diterima dan diproses buat masa ini.

 

2.    Ketidakpakaian Syarat 3.5 dan 4.1 dalam Garispanduan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing

 

Pada masa ini, permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing akan diteruskan seperti biasa. Walaubagaimanapun, mulai 1 Ogos 2016, syarat 3.5 dan 4.1 dalam Garispanduan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing (tcm.moh.gov.my/v4/pdf/guideline/foreigner/garispanduan_asing.pdf) adalah tidak terpakai sehingga diberitahu kelak. Bagi permohonan yang telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari sebelum 1 Ogos 2016, pemohon perlu memenuhi semua syarat yang berkaitan dalam garispanduan tersebut. 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung