Aplikasi BPTK

BPTK on MYSMS

Sokongan

Mozilla

Flash

Adobe Reader

Home / Penafian
 
 
PENAFIAN BERKENAAN PROGRAM PENDIDIKAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum berkenaan tuntutan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan bahawa kursus / program Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) yang ditawarkan oleh pihak mereka telah diiktiraf oleh KKM atau akan diiktiraf oleh KKM untuk tujuan pendaftaran apabila Akta PT&K 2013 dikuatkuasakan nanti.

Pihak BPTK ingin memaklumkan kepada umum serta pihak berkepentingan bahawa KKM tidak  mengendors, menyokong  mengiktiraf atau menganugerah sebarang kelayakan dalam PT&K pada masa kini. Mana-mana pihak yang ingin menawarkan program di bawah sektor pendidikan tinggi perlu merujuk kepada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia manakala bagi sektor kemahiran adalah dinasihatkan untuk berurusan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. 

Akhir kata, kelayakan yang diiktiraf dalam bidang amalan yang diiktiraf akan ditentukan oleh Majlis PT&K yang bakal ditubuhkan apabila Akta PT&K 2013 mula berkuatkuasa. Pihak BPTK berharap orang awam peka, berwaspada dan tidak terpedaya dengan dakwaan palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin menipu. 

Recommend this page to a friend! Prepare to print

Tarikh Kemaskini

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Kaunter Pengunjung