Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TINJAUAN BERKENAAN PENGETAHUAN, AMALAN DAN PERSEPSI TERHADAP PENCEGAHAN JANGKITAN COVID-19 DI KALANGAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA 

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

  1. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Tinjauan Berkenaan Pengetahuan, Amalan dan Persepsi Terhadap Pencegahan Jangkitan COVID-19 di Kalangan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia menerusi soal selidik atas talian.
  2. Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, amalan dan persepsi terhadap pencegahan jangkitan Coronavirus (COVID-19) di kalangan pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) di Malaysia. Penyertaan YBhg. Datuk/ Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam tinjauan ini akan membantu Bahagian ini mengenalpasti tindakan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi menangani penyakit ini dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pengamal PT&K terhadap kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.
  3. Justeru, Bahagian ini ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai soal selidik menerusi pautan berikut:

 

            Pautan         : https://forms.gle/WLQawSnXQMTvk4Ey9

           Tempoh        : 15 Julai hingga 15 Ogos 2020

 

  1. Sekiranya pautan soal selidik tidak dapat diakses, dimohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk copy URL tersebut dan paste di halaman baharu (sebaiknya melalui Google Chrome). 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam membantu menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

 

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

14 Julai 2020