Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PEMAKLUMAN BERKAITAN PENDAFTARAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) TEMPATAN

 

Pemakluman Ringkas

Penerimaan permohonan pendaftaran pengamal perubatan tradisional dan komplementari dalam bidang amalan diiktiraf akan bermula pada 15 Mac 2021. Sila layari laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari http://tcm.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Pemakluman Lengkap

a)    Pemakluman Berkenaan Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) Tempatan

        i.    Pendaftaran hanya akan dilaksanakan bagi bidang amalan yang diiktiraf iaitu:

        a)   Perubatan Tradisional Melayu

 b)    Perubatan Tradisional Cina

 c)    Perubatan Tradisional India

 d)    Homeopati

 e)    Osteopati

 f)     Kiropraktik

 g)    Pengubatan Islam

 

        ii.    Pendaftaran pengamal PT&K tempatan akan dilakukan secara berperingkat mengikut zon dan ketetapan seperti berikut:

 
 

Garis panduan pendaftaran pengamal PT&K tempatan mengikut bidang amalan yang diiktiraf dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari. Permohonan lengkap perlu dihantar melalui pos mengikut tarikh pelaksaaan zon yang berkaitan (sila rujuk http://tcm.moh.gov.my).

 

b)   Pemakluman Berkenaan Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) Warga Asing

 

Pendaftaran bagi pengamal PT&K warga asing akan dibuka kepada pihak pemohon dari seluruh negara tanpa pembahagian mengikut zon. Pihak pemohon dibenarkan untuk membuat permohonan 5 bulan sebelum tarikh akhir pas penggajian yang terkini.

Garis panduan pendaftaran pengamal PT&K warga asing dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari. Permohonan lengkap perlu dihantar melalui pos mengikut tarikh pelaksaaan zon yang berkaitan (sila rujuk http://tcm.moh.gov.my).