Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

UNIT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Pada 11 Januari 2006, Jemaah Menteri Malaysia telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan unit PT&K di fasiliti KKM yang bertujuan untuk menggabungkan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) terpilih dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Unit PT&K akan diwujudkan di beberapa fasiliti KKM terpilih dalam usaha untuk merealisasikan pengintegrasian ini. Sebanyak tiga buah hospital telah dipilih dalam projek perintis fasa pertama. Sehingga Julai 2017, 15 buah hospital telah berjaya menggabungkan amalan PT&K dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Kini, terdapat tujuh (7) jenis amalan PT&K yang ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan iaitu:

 

  1. Urutan Tradisional untuk kesakitan kronik dan angin ahmar
  2. Akupunktur untuk kesakitan kronik dan angin ahmar
  3. Terapi Herba sebagai Rawatan Sampingan Penyakit Kanser
  4. Penjagaan Tradisional Postnatal (Selepas Bersalin)
  5. Shirodhara
  6. Terapi Basti Luaran (External Basti Therapy)
  7. Terapi Varmam

Buat masa ini, perkhidmatan PT&K yang ditawarkan diunit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan adalah terhad untuk indikasi tertentu sahaja iaitu:

 

Perkhidmatan PT&K

Indikasi

Urutan Tradisional

(i) Kesakitan kronik

(ii)Pasca angin ahmar

Akupunktur

Herba Onklogi

Terapi Herba sebagai Rawatan Sampingan Penyakit Kanser

Penjagaan Tradisional Postnatal

(i) Urutan Kesegaran Postnatal

(ii) Penjagaan Perbidanan

Shirodhara

(i) Insomnia

(ii) Stress or mental fatigue

(iii)Anxiety

(iv)Mild depression

(v) Headaches

Terapi Basti Luaran (External Basti Therapy)

Kati Basti (Lumbar)

(i) Lumbago

(ii) Lumbar Spondylosis

(iii) Inter-vertebral disc prolapsed

(iv) Sciatica

Greeva Basti (Cervical)

(i)    Kesakitan dan

(ii)  Cervical spondylosis

Janu Basti (Lutut)

(i)    Kesakitan dan

(ii)  Osteoarthritis pada bahagian lutut

Terapi Varmam

Cervical Spondylosis

Lumbar Spondylosis

Osteoarthritis of Knee

Adhesive Capsulitis (Frozen Shoulder)

 

 

Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  STATISTIK PELAWAT :   girl diaper cake   KEMASKINI TERAKHIR : 6 NOVEMBER 2017