Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

SEKRETARIAT MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

 

Pengenalan Sekretariat Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari

Selaras dengan penubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) pada 16 Januari 2017, Sekretariat Majlis PT&K (SMPTK) yang diketuai oleh Setiausaha Majlis PT&K telah ditubuhkan bagi membantu Majlis PT&K menjalankan fungsinya.

Terdapat 3 unit di dalam SMPTK iaitu;

  1. Unit Pendaftaran
  2. Unit Standard dan Akreditasi
  3. Unit Disiplinari dan Etika

Fungsi setiap unit SMPTK adalah seperti berikut:

  1. Unit Pendaftaran
  • Merancang dan menentukan keperluan pendaftaran pengamal tempatan dan warga asing.
  • Merancang dan Menyediakan garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan pendaftaran pengamal tempatan dan warga asing.
  • Menerima dan memproses permohonan pendaftaran pengamal tempatan dan warga asing.
  • Menguruskan dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran dan Perakuan Pengamalan Tahunan kepada pengamal berdaftar.
  • Menguruskan pemprosesan surat sokongan untuk pegawai dagang warga asing sehingga pendaftaran pengamal di bawah Akta 775 dimulakan.

 

  1. Unit Standard dan Akreditasi
  • Menyelaras pembangunan dan akreditasi program pendidikan PT&K dengan pihak berkepentingan.
  • Menyelaras pembangunan dan penilaian program kemahiran PT&K dengan pihak berkepentingan.
  • Perancangan, pembangunan, penyelarasan dan pemantauan latihan residensi pengamal PT&K.
  • Perancangan, pembangunan, penyelarasan dan pemantauan program peningkatan kompetensi pengamal bagi keperluan pendaftaran.
  • Membangunkan pangkalan data kelayakan yang diikiraf (tempatan dan luar negara) dalam bidang amalan PT&K yang diiktiraf.

 

  1. Unit Disiplinari dan Etika
  • Menguruskan perkara yang berkaitan dengan tindakan tatatertib pengamal berdaftar.
  • Mengadakan kod tatakelakuan profesional, serta yang berhubungan dengan profesional berdaftar  termasuk penalti.
  • Pengurusan mesyuarat Majlis PT&K dan perkara yang berkaitan dengannya.
Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  STATISTIK PELAWAT :   girl diaper cake   KEMASKINI TERAKHIR : 6 NOVEMBER 2017