Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Pengenalan

Unit Pentadbiran dan Kewangan terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan.

Unit Pentadbiran adalah bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, dan memantau aktiviti pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan memberi khidmat sokongan kepada semua kakitangan dan lain-lain di bahagian ini.

Selain daripada aktiviti pentadbiran, unit pentadbiran juga mengurus penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat, perolehan dan pengurusan stor dan aset.

Unit Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan akaun selaras dengan pekeliling dan peraturan perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Perkara yang diuruskan oleh unit kewangan termasuk perolehan, bayaran, pungutan hasil dan kawalan dan penyelengaraan aset.

Objektif Unit Kewangan adalah

  • Merancang, mengurus dan mengawal kewangan dan perakaunan
  • Memastikan perkara yang berkaitan dengan kewangan dan akaun selaras dengan pekeliling dan peraturan perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
  • Membentang laporan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan kepada pihak atasan

 

Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  STATISTIK PELAWAT :     KEMASKINI TERAKHIR : 18 SEPTEMBER 2020