Cawangan Pengurusan dan Latihan
Cawangan Pengurusan dan Latihan Pengenalan Cawangan Pengurusan dan Latihan terdiri daripada 3 unit iaitu unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Latihan, dan Unit Teknologi Maklumat. Unit Pentadbiran dan Kewangan di bawah Cawangan Pengurusan dan Latihan adalah bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, dan memantau aktiviti pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan memberi khidmat sokongan kepada semua kakitangan dan lain-lain di bahagian ini. Selain daripada aktiviti pentadbiran, unit pentadbiran juga mengurus penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat, perolehan dan pengurusan stor dan aset. Unit Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan akaun selaras dengan pekeliling dan peraturan perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Perkara yang diuruskan oleh unit kewangan termasuk perolehan, bayaran, pungutan hasil dan kawalan dan penyelengaraan aset. Objektif Unit Kewangan adalah
Unit Latihan bertanggungjawab dalam merancang, memantau, memastikan kakitangan mendapat latihan Unit Teknologi Maklumat diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Unit ini bertanggungjawab dalam : - (a) Perancangan fasiliti/peralatan/penyelenggaraan sistem dan peralatan ICT. (b) Pentadbir Sistem bagi pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi (c) Terlibat dalam pengurusan teknologi maklumat |