CAWANGAN DASAR DAN PERKEMBANGAN
Cawangan Dasar dan Perkembangan adalah salah satu daripada 5 cawangan di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Fungsi utama cawangan ini adalah membangunkan dasar dan menerapkan amalan PT&K yang terbukti selamat dan berkesan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.
Ketua Cawangan Dasar & Perkembangan mengawalselia 2 unit di bawah cawangan ini. Nama dan peranan unit-unit tersebut ialah:-
(a) Unit Perkembangan
- Merancangkan perkembangan perkhidmatan PT&K di unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan
- Menyelaraskan penyampaian perkhidmatan PT&K di unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan
- Merancangkan, menyeliakan dan menyelaraskan penubuhan unit PT&K serta program perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan
- Menyelaraskan laporan dan pengumpulan data berkaitan dengan perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan
- Menyelaraskan kontrak dengan syarikat pembekal perkhidmatan PT&K
- Memantau pelaksanaan perkhidmatan PT&K di unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan
- Berperanan sebagai focal point bagi Pejabat Cawangan PT&K di BPTK
- Merancangkan pembangunan projek-projek berkenaan perkembangan PT&K di Malaysia
- Berperanan sebagai focal point bagi isu/ dasar berkaitan dengan Persatuan Pengamal PT&K
(b) Unit Dasar dan Hubungan Antarabangsa
- Berperanan sebagai Penyelaras Parlimen BPTK
- Bertanggungjawab dalam pembangunan, pelaksanaan dan penilaian dasar kesihatan dan perancangan halatuju yang berkaitan PT&K di Malaysia
- Menyelaraskan perkara berkaitan dengan perundangan PT&K
- Menjalinkan kerjasama strategik demi memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa dalam bidang PT&K
- Berperanan sebagai penasihat kepada isu-isu antarabangsa berkaitan PT&K
- Menguruskan program lawatan delegasi antarabangsa atau mesyuarat dua hala yang melibatkan bidang PT&K