Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

 

BERKENAAN PERUNDINGAN INI

Tempoh Perundingan : 15 Ogos 2018 – 28 September 2018

Dasar Berkenaan       : Pengawalseliaan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Jabatan                      : Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

KUMPULAN SASARAN

Mana-mana pihak yang berminat, termasuk organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta yang berkaitan dengan perubatan tradisional dan komplementari, pengamal perubatan tradisional dan komplementari, pihak berkepentingan dan orang awam.

 

OBJEKTIF PERUNDINGAN

Merujuk kepada subseksyen 35 (5) Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775], perundingan awam itu hendaklah menyatakan pandangan Majlis berkenaan dengan piawai amalan mandatori dan memperuntukkan masa tidak kurang daripada empat puluh lima hari untuk pihak yang berminat mengemukakan maklum balas bertulis kepada Majlis.

Tujuan Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (CPC) adalah sebagai garis panduan kepada pengamal berdaftar, agar mereka sentiasa mematuhi piawaian profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Perundingan awam secara atas talian ini akan membantu menilai sama ada dan bagaimana objektif CPC ini dapat dicapai. Dengan itu, ia dapat memberikan peluang kepada mana-mana pihak berkepentingan untuk memberikan pandangan dan maklumat yang bernas.

 

DOKUMEN RUJUKAN

Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal PT&K (DWIBAHASA)(KLIK DI SINI)

 

DOKUMEN SOKONGAN

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta775] (KLIK DI SINI)

 

CARA MENGEMUKAKAN MAKLUM BALAS

Pandangan boleh dikemukakan melalui borang maklum balas atas talian, emel atau secara bertulis (Borang Maklum Balas), dengan tajuk “Perundingan Awam Secara Atas Talian bagi Kod Tingkah Laku Profesional untuk Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari”, kepada:

Sekretariat Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

Blok E, Jalan Cenderasari

50590 Kuala Lumpur

Malaysia

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Maklum Balas Secara Atas Talian : KLIK DI SINI