Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

 

 

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperolehi berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang sedia ada melalui 3 kaedah berikut:

 

1. Melalui latihan di pusat bertauliah

Pusat bertauliah merujuk kepada penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan SKPK.

 

2. Melalui latihan berorientasikan industri

Melalui latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

 

3. Melalui pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT)

Seseorang calon layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Namun, calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JPK (www.dsd.gov.my)

Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  STATISTIK PELAWAT :   girl diaper cake   KEMASKINI TERAKHIR : 6 NOVEMBER 2017