Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR DAN TIDAK TEPAT BERKENAAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL CINA 

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa terdapat sesetengah pihak telah menyebarkan maklumat yangTIDAK BENAR dan TIDAK TEPAT dalam media massa berkenaan pengiktirafan kelayakan pengamal perubatan tradisional Cina (PTC) yang tertentu oleh KKM bagi pendaftaran di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775].

 

Maklumat yang tidak benar dan tidak tepat termasuk:

  1. KKM telah secara rasminya mengiktiraf kelayakan pengamal PTC yang tamat pengajian dari kolej PTC dan graduan perlu berdaftar dengan KKM melalui kolej masing-masing.
  2. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari telah mengumumkan bahawa mana-mana graduan yang telah mengikuti program PTC selama 4 hingga 5 tahun sebelum 31 Disember 2009 di kolej PTC akan diiktiraf kelayakannya.
  3. KKM memberi tempoh peralihan sekurang-kurangnya satu tahun supaya graduan PTC tersebut dapat berdaftar.

 

 

Dengan ini, KKM ingin menekankan bahawa penetapan kelayakan yang diiktiraf dan kriteria pendaftaran bagi mana-mana pengamal PT&K adalah di bawah bidang kuasa Majlis PT&K yang akan ditubuhkan di bawah Akta 775. Pada masa ini, tiada pengumuman rasmi daripada KKM berkenaan pengiktirafan kelayakan dalam PT&K bagi tujuan pendaftaran dan juga tempoh peralihan selepas penguatkuasaan Akta 775. Mana-mana individu yang ingin mengamal PT&K adalah wajib berdaftar dengan Majlis PT&K melalui permohonan secara individu apabila pendaftaran dibuka nanti.

Semua pihak berkaitan digesa agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan penguatkuasaan Akta 775 yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. KKM akan menyalurkan segala maklumat sahih dan terkini berkaitan dengan penguatkuasaan Akta 775 kepada orang awam. Orang awam disarankan untuk merujuk jawapan kepada soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan Akta 775. Orang awam juga boleh berhubung dengan BPTK sekiranya terdapat sebarang persoalan dan kemusykilan di talian 03-2279 8100.    

Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  STATISTIK PELAWAT :   girl diaper cake   KEMASKINI TERAKHIR : 6 NOVEMBER 2017