Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

PENGUMUMAN: KEPUTUSAN MAJLIS PT&K

 

1. TAKLIMAT AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) 2016 [AKTA 775] SERTA KEWAJIPAN PENGAMAL BERDAFTAR

Keperluan menghadiri Taklimat Akta PT&K 2016 serta Kewajipan Pengamal Berdaftar telah ditentukan sebagai syarat wajib pendaftaran apabila proses pendaftaran dimulakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis PT&K berdasarkan pembentangan berkenaan Taklimat Akta PT&K 2016 serta Kewajipan Pengamal Berdaftar yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis bil. 2/2017 bertarikh 31 Mei 2017.

 

2PENGAWALSELIAAN AMALAN PENGUBATAN ISLAM.

Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam hal berkaitan pendaftaran dan pengawalseliaan amalan dan pengamal pengubatan Islam dengan penubuhan Lajnah Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam (LAJPPI).

Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis PT&K berdasarkan pembentangan berkenaan Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis bil. 2/2017 bertarikh 31 Mei 2017.

 

3. JAWATANKUASA TEKNIKAL BERSAMA BAGI PROGRAM PENGAJIAN PT&K

Satu Jawatankuasa Teknikal Bersama akan ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679] untuk membuat penilaian akreditasi program pengajian PT&K dengan kerjasama di antara badan profesional, badan jaminan kualiti dan pihak berkepentingan yang lain demi memastikan program pengajian PT&K yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia adalah berkualiti. Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis PT&K berdasarkan pembentangan berkenaan Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) untuk Penilaian Akreditasi Program PT&K yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis bil. 2/2017 bertarikh 31 Mei 2017.

 

4. PEMBANGUNAN NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD (NOSS) BAGI BIDANG AMALAN PT&K DI MALAYSIA

Majlis PT&K tiada halangan untuk pembangunan NOSS dalam semua bidang amalan PT&K sama ada diiktiraf atau tidak diiktiraf tetapi perlu dinyatakan bahawa pengwujudan sesuatu NOSS PT&K tidak menjaminkan pengiktirafan bidang amalan tersebut ataupun pendaftaran sebagai pengamal di bawah Akta PT&K.

Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis PT&K berdasarkan pembentangan berkenaan Penentuan Halatuju untuk Pembangunan National Occupational Skills Standard (NOSS) dalam Bidang Amalan PT&K yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis bil. 2/2017 bertarikh 31 Mei 2017.

 

Penafian: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Bantuan
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome Dengan Resolusi 1280 x 960.

  STATISTIK PELAWAT :   girl diaper cake   KEMASKINI TERAKHIR : 6 NOVEMBER 2017