Garis Panduan Permohonan Sebagai Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar Kursus Pembangunan Kapasiti (KPK)
|
i. Pengenalan kepada KPK Berdasarkan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775], seseorang yang ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf perlu berdaftar dengan Majlis PT&K. Namun, terdapat pengamal yang tiada kelayakan yang diiktiraf tetapi mempunyai tahun pengalaman mengamal seperti yang ditetapkan oleh Majlis PT&K iaitu golongan ‘grandfathering’.
Bagi membantu pengamal dalam golongan ‘grandfathering’ untuk mendaftar sebagai pengamal PT&K di bawah Akta 775, Majlis PT&K telah menetapkan pelaksanaan KPK untuk bidang perubatan tradisional (Melayu, Cina, India) dan homeopati. Kehadiran ke KPK dengan jayanya adalah salah satu kriteria pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh sebilangan pengamal yang dikenal pasti dalam tempoh peralihan iaitu daripada 1 Mac 2021 hingga 29 Februari 2024.
Untuk makluman, permohonan berkaitan dengan pelaksanaan KPK akan diadakan secara berfasa seperti berikut : - Fasa 1 (Bermula pada 15 Mac 2021) : Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar KPK Calon tenaga pengajar KPK boleh mula menghantar borang permohonan kepada Cawangan Majlis PT&K. - Fasa 2 (Bermula pada 15 Jun 2021) : Permohonan Sebagai Pusat Latihan KPK Calon pusat latihan KPK boleh mula menghantar borang permohonan kepada Cawangan Majlis PT&K.
Hanya tenaga pengajar dan pusat latihan yang telah diluluskan oleh Majlis PT&K dibenarkan untuk menganjurkan KPK mengikut kadar bayaran yuran yang telah ditetapkan.
ii. Garis Panduan Permohonan Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar KPK. iii. Senarai Kelayakan untuk Tenaga Pengajar Kursus KPK Mengikut Bidang Amalan Diiktiraf v. Senarai Semak Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar KPK ( BPTK (SA) – BOR – 3 ) vi. Borang Permohonan Sebagai Tenaga Pengajar KPK ( BPTK (SA) – BOR – 4 ) vii. Senarai Semak Permohonan Sebagai Pusat Latihan KPK ( BPTK (SA) – BOR – 1 ) viii. Borang Permohonan Sebagai Pusat Latihan KPK ( BPTK (SA) – BOR – 2 ) ix. Jadual Sesi Training of Trainers (ToT) Anjuran BPTK x. Senarai Tenaga Pengajar KPK yang Telah Mendapat Kelulusan Majlis PT&K xi. Senarai Pusat Latihan KPK yang Telah mendapat kelulusan Majlis PT&K xii. Senarai Pembatalan Kelulusan untuk Tenaga Pengajar & Pusat Latihan KPK xiii. Soalan Lazim |
