DASAR DAN OBJEKTIF AMALAN EKSA IPKKM
Dasar EKSA
“Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.”
Objektif EKSA
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa;
Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga IPKKM;
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan; dan
Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.