Penyelidikan saintifik bagi Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) sebagai pendekatan penyelidikan berdasarkan bukti : Urut Melayu
Scientific Research to Promote an Evidence-Based Approach for the use of Traditional and Complementary Medicine : Urut Melayu
Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) merupakan komponen yang penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Ianya akan berganding bersama perubatan moden ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia. Selari dengan misi PT&K untuk memastikan penggunaan produk dan amalan PT&K adalah selamat dan berkualiti, perlaksanaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dalam PT&K adalah penting.
Traditional and Complementary Medicine (T&CM) is an important component of the healthcare system. It will co-exist with modern medicine and contributes towards enhancing the health and quality of life of all Malaysians. In par with the mission of T&CM to ensure quality and safe use of T&CM products and practices, establishment of strong research and development activities in T&CM is required.
Penubuhan Cawangan Kaji Selidik dan Pembangunan (KS&P) bertujuan menjalankan dan menyelaras aktiviti penyelidikan berkaitan PT&K dengan kerjasama bersama institusi yang berkaitan. Dengan wujudnya usaha dan jalinan kerjasama ini, Cawangan KS&P telah berjaya menyempurnakan empat kajian dan enam lagi dalam proses penyelidikan. Sehingga kini, terdapat dua penyelidikan berkaitan urut Melayu telah diterbitkan di dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine (JACM), edisi November 2010 dan Januari 2012.
Research and Development (R&D) Section is developed to conduct and coordinate research activities of T&CM in collaboration with other related institutions. With these effort and collaboration, the R&D Section has completed four studies and another six studies are on-going. We are proud to announce that there are two researches on Urut Melayu have been published in the Journal of Alternative and Complementary Medicine (JACM), November 2010 and January 2012 edition.
Apakah keunikan urut Melayu sebagai Perubatan Tradisional Melayu? Apakah pendekatan yang diambil untuk menuju ke arah amalan urut Melayu berdasarkan bukti?
What is the uniqueness of urut Melayu as a Traditional Malay Medicine? What is the approach taken to become urut Melayu an evidence based practice?
Urut Melayu dikategorikan sebagai amalan Perubatan Tradisional Melayu. Ianya merupakan sejenis urut, sebagaimana urutan Bindegewebs dari Jerman, urutan Swedish dari Eropah dan urutan Thai dari Thailand. Urut Melayu merupakan sebahagian daripada peninggalan warisan yang perlu dipelihara dan dikekalkan. Secara umumnya, terapi urut berupaya meningkatkan relaksasi dan mengurangkan tekanan. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak aspek di dalam urut Melayu yang perlu diterokai.
Urut Melayu, a Traditional Malay Medicine is a type of massage, just as Bindegewebs is the massage from Germany, Swedish massage from Europe and Thai massage from Thailand. Urut Melayu is an example of such therapy and is a part of cultural heritage which needs to be preserved. In general, massage therapy typically enhances relaxation and reduces stress. Nevertheless, there are still many aspects of urut Melayu that are yet to be uncovered.
Urut Melayu telah diperkenalkan di hospital kerajaan sebagai sebahagian daripada program hospital integrasi. Pada peringkat permulaan, ianya sebagai satu kaedah pemulihan kepada pesakit angin ahmar. Perkhidmatan urut Melayu kemudiannya dikembangkan kepada perawatan kesakitan kronik dan penjagaan ibu selepas bersalin. Pendekatan ini telah menawarkan peluang kepada pesakit untuk menerima perkhidmatan daripada pengamal yang berpengalaman yang berpandukan Garis Panduan Amalan yang telah dibentuk.
Urut Melayu had been introduced into government hospitals, as part of the integrated hospital programme. It was introduced primarily for the rehabilitation of post-stroke patients. Subsequent to this, the urut Melayu service had been extended to address chronic pain and postnatal care. This approach opens a gate of opportunity for patients to seek this service from experienced practitioners with the guidance of Good Practice Guideline.
Salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh semua jenis amalan, sama ada perubatan moden ataupun PT&K adalah mengikuti perkembangan dalam penemuan dan maklumat terbaru. Kajian berkaitan urut Melayu melalui pembuktian saintifik kini sedang giat dijalankan bagi mengatasi jurang antara amalan perubatan tradisional dan perubatan moden. Pembukaan Unit PT&K di hospital integrasi telah memudahkan aktiviti penyelidikan dalam PT&K dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan oleh Cawangan KS&P kini tertumpu kepada perubatan integrasi, seperti urut Melayu, akupunktur dan penggunaan herba dalam terapi sampingan onkologi. Sejajar dengan itu, kajian berkaitan urut Melayu akan terus dibangunkan di samping mempunyai peluang dan potensi yang luas dalam pembangunan dan peningkatan taraf kesihatan pada masa kini dan akan datang.
A great and increasing challenge facing all practices, regardless of modern medicine or T&CM, is how to keep abreast of new research findings. An evidence based approach was born out of a desire to bridge the gap between research and practice, and to bring urut Melayu into modern healthcare environment. Opening T&CM units in integrated hospital facilitate the research works in T&CM. Current research works carried out by R&D Section are focus on integrative medicine such as urut Melayu, acupuncture and use of herbal medicine in oncology. More studies on urut Melayu are waiting to be published or carried out to enhance its credibility and promote new knowledge and options for future healthcare implementation plan.
Sekian.























